Followers

Friday, January 30, 2009

My View: Novel Bunga Syurga by Anita Aruszi

Bunga Syurga...Kenapa aku sangat suka dengan cerita ni? First sebab aku suka nama heronya, Riffki Aidan :P. Second, sebab aku suka jalan ceritanya, Third, ayat-ayat leleh dan jiwang tak ada dalam buku ni. Finally, sebab memang aku suka membaca so bagilah aku apa buku pun aku akan suka (kecuali buku geografi..entah kenapa aku memang tak suka subject tu sejak sekolah! erkk? apa kena mengena pulak ni eh?) Ishh..

Sebenarnya dah lama aku nak up kan post pasal Bunga Syurga ni tapi tak berkesempatan dan tak larat nak taip. Hehehe..bukan apa, aku ni sekali kalau dah start bercerita pasal buku ni, tanpa dapat dikawal lagi aku akan bercerita dari A-Z. Susah lah nak kawal diri and type isi-isi penting je. Tapi disebabkan dah berjanji dangan anita nak bagi sikit review pasal buku ni, aku akan cuba mengawal diri..hehehe
Atas permintaan seorang pengunjung blog, Nena, aku selitkan sikit sinopsis novel ni. To Nena, sinopsis saya bagi dari sudut pembacaan saya ye. Kalau nak lagi tepat pergilah lawat http://bunga-syurga.blogspot.com/. Bunga Syurga bercerita tentang Nurul Hijjaz, Riffki Aidan dan Daniel Iqbal. Hijjaz, anak yatim piatu yang membesar dengan keluarga angkat dia. Riffki Aidan adalah seorang jurugambar terkenal dan Daniel Iqbal adalah ahli perniagaan yang berjaya. Mereka berdua adalah adik beradik yang punya personaliti yang sangat berbeza. Cerita ni bermula dengan pertemuan Hijjaz dan Riffki di Bali. Kejadian pengemboman di Bali diambil untuk jadi titik pertemuan Hijjaz dan Riffki. Bertitik tolak dari situlah, hidup ketiga-tiga insan ini berubah. Riffki Aidan, Nurul Hijjaz dan Daniel Iqbal rupanya berkongsi masa silam yang sama tanpa diketahui oleh mereka. Kejadian di Bali akan membawa kita mengenali Tok Ayah, Datuk Amiruddin Bakri, Megat Hazmin Iskandar, Datin Arfah dan Ratna Suri. Siapa mereka? Seperti blurb di belakang novel, Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan. Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan? Semuanya terjawab dalam Bunga Syurga...

Ini novel kedua karya Anita yang aku baca. 4/5 bintang aku berikan. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang kata aku bias memandangkan aku memang sukakan karya Anita Aruszi tapi sejujurnya cerita ni memang betul-betul menarik hati aku. Aku suka gaya penulisan Anita dan cara cerita ni digarap. Selalunya aku boleh predict jalan cerita mana-mana novel yang aku
baca. Ayat-ayat 'mesti dia ni..., lepas ni mesti macam ni... atau aku dah agak...' akan selalu bermain kat kepala aku kalau aku baca novel tapi dengan Bunga Syurga aku tak dapat nak pakai ayat-ayat tu. Sebabnya memang aku tak jangkakan cerita ni akan jadi macam tu. Di awal cerita aku sangkakan lain tapi semakin jauh aku baca, jangkaan aku meleset sangat. Siapa sangka hubungan Daniel dan Hijjaz rupanya lebih rapat dari kita agak?

Berbalik pada permulaan cerita, Anita mengambil kejadiaan pengeboman di Bali untuk jadi latar cerita pertemuan Hijjaz dan Riffki. Aku suka dengan gaya ni. Macam yang kita tahu, kejadian bom tu memang benar-benar terjadi. Bukan cerita rekaan. Dan bila Anita ambil kejadian tu untuk jadi permulaan satu kisah cinta, aku jadi terharu. Aku bayangkan, mungkin ada di antara mangsa-mangsa kejadian tu punya kisah cinta sendiri. Seingat aku, inspirasi Anita untuk buat kisah ni lepas dia terbaca kisah seorang suami yang hilang isteri masa kejadian tu. (Betulkan aku kalau aku silap ye...). Aku teringat cerita Micheal Bay dan James Cameron yangn hasilkan satu kisah cinta yang hebat disebalik kisah benar Pearl Harbour dan Titanic.

Apa lagi ye yang buat aku baca buku ni berulang kali? Aku suka cara Anita buat kita tertanya-tanya siapa Megat Hazmin, Ratna Suri, Amirruddin dan Arfah. Selalunya kita disogokkan cerita cinta orang muda aja tapi dalam Bunga Syurga kita akan tahu kisah cinta ibu bapa hero dan heroine kita. Aku suka cara ni sebab ini membuat aku lebih 'kenal' personaliti Riffki, Hijjaz dan Daniel. Kata orang, mana tumpah kuah kalau bukan kat nasi kan? Melihat Megat Hazmin, Ratna Suri, Amiruddin dan Arfah sewaktu muda buat aku tahu macamana Riffki, Hijjaz dan Daniel menjadi apa yang mereka jadi pada hari ni.

Ending cerita ni best. Tak meleret. Straight to the point. Hijjaz dan Riffki bertemu semula di tempat mereka bertemu kali pertama dulu. Sweet sangat.
Ada satu yang kurang nak suka sikit. Sebenarnya tak lah besar sangat cuma aku harapkan kisah cinta Riffki dan Hijjaz dapat dikembangkan lagi. Maksud aku banyakkan lagi scene mereka berdua tengah bercinta. Nak juga aku tengok macamana Riffki yang 'cold' tu jadi lelaki yang romantik. Nak tengok macamana dia sayangkan Hijjaz, jaga Hijjaz etc. Nak juga tengok hati beku Riffki tu jadi cair....hehehe...

Inilah pendapat aku tentang Bunga Syurga yang dah aku khatam 6 kali. Setiap kali baca aku asyik bayangkan muka Riffki Aidan, Nurul Hijjaz dan Daniel Iqbal. Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Gambit Saifullah dan Amani adala orang-orang yang aku bayangkan. Sampai satu tahap aku dok bayangkan Daniel Henney jadi Daniel Iqbal dan Seo Do Young jadi Riffki Aidan! Hehehe..

Dengar cerita Anita bercadang nak sambung Bunga Syurga 2. Hati aku terbahagi dua bila dengar khabar ni. One part excited gile sebab dapat 'jumpa' Riffki, Hijjaz dan Daniel sekali lagi. Another part aku takut. Takut sebab selalunya mana-mana novel yang nak dibuat sequel ni selalunya tak up to reader's expectation. Aku tak nak pandangan aku pada Riffki, Daniel dan Hijjaz berubah bila baca sequel nanti. Kalau dibiarkan macam tu saja pun aku rasa dah cukup bagus. Tapi part yang excited gile tu asyik cakap 'eh, okay apa ada BS 2. Kau kan nak tengok Hijjaz dan Riffki bercinta? And mana tahu, Anita akan buat watak heroine untuk Daniel pula?' hmmmm....keliru..keliru...

2 comments:

  1. Tetiba jengah blog Farah, terbaca lak fsl bunga syurga. hahaha si farah ni mmg dah teruk sgt angaunya dengan bs dan riffki smpi muka seo do young (spring waltz)letak kat muka riffki. Sokong2..seo do young tu mmg kiut sgt2.

    Sbnrnya takde apa-apa yg specialpun fsl citer ni. ia sama mcm citer2 love story yang lain...tp ttp terharu bila farah dh bc 6 kali..thnks farah..

    to Nena..sbnarnya lain org lain persepsi fsl buku. sy macam tulah dan sy rasa ramai org lain pun mcm tu. org yg blh menilai hnya diri kita sendiri.mungkin ada org kata bs sy ok..mungkn ada pendpt kata tidak.bergantung pada hati masing-masing.

    BS hanya satu garapan yang diambil elemennya dari sebuah kisah benar yg sy baca di internet lbh kurang 3tahun. Sy baca pun tak sengaja sbb nk cari maklumat ttg Bali, on of the most beautiful place yg sy nak sangat2 pergi.Tgh sibuk mengoogle, mata sy terpandang satu artikel.sy baca acuh tak acuh smpi ada part yg buat saya tertarik dan akhirnya saya menangis sendiri.lelaki tu klu tk salah seorang warga australia yg bercuti kat bali ngan wife dia.dan isteri dia adalah salah seorg mangsa pengeboman di bali.tarikh dan detail sy tak ingat. begitu juga dgn nama lelaki australia tu. Artikel tu simple aje tapi cara penulisan dia yg menyentuh hati..luahan dan kasih sayang dia pada isteri dia yang buat saya pun menangis sama. Dan kisah lelaki itu ada di kepala saya sehingga berminggu2 lamanya..sblm sya terfikir nak tulis cerita BS.

    now tahu apa yg sy paling kesalkan? Saya menyesal sbb tak paste artikel tu awal2 dan bubuh dalam novel BS..supaya kite semua boleh sama2 berkongsi cinta warga australia tu trhdp wife dia.itu yg sya terkilan sgt. even skrg sy cuba godek2 internet nak cari artikel tu semula..tp rasa cm mustahil plak.

    sbnrnya farah, sy tahu ramai yg mengharapkan kisah cinta hijjaz dan riffki tidak hanya berakhir di titik pertemuan pertama mrk dulu, mrk yg membaca mahukan kisah cinta yang berpanjangan antara kedua2nya..harap-harap itu akan menjadi sumber kekuatan pada saya untuk menyambung kisah nya di BS 2 tak lama lagi. Malah Encik Rizal dr KN pun ada call baru-baru ni dan tanya apakah sy akan menulis BS 2. Sya terkejut jugak, cepat nya khabar ni smpi kat telinga dia padahal sy cuma sosek-sosek kt org yg tnya dlm blog je. Tapi dia mengesyorkan saya menulisnya dan insya allah..BS 2 akan termeterai juga...

    ReplyDelete
  2. soe do young memang cute..tgk die dalam spring waltz sangatlah dingin. tu yang terasa macam sesuai sangat ngan riffki tu..
    hehehe...kegilaan saya pada riffki memang nita dah tau dari awal lagi kan? dalam banyak2 e-novel anita yang saya baca, BS lah yang paling saya dok tunggu ke versi cetak. saya memang suka style riffki yang cold-hearted tapi dalam hati beku dia tu masih ade sikit2 romantik.
    saya pun teringin nak baca luahan rasa si suami tu..ni yang rasa nak google je sat lagi ni.
    to nena, macam anita cakap, lain orang lain persepsi. lain orang lain citarasa. BS menepati citarasa saya so saya akan cakap BS ni BEST sangat. Saya mesti akan suruh nena beli buku ni. hehehe... kalau nak sesuatu yang lain dan fresh, cubalah baca buku ni ek..

    ReplyDelete