Followers

Wednesday, June 24, 2009

Transformers - Revenge of The Fallen

Yes, movie yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga. Edisi ke-2 siri Transformers, Revenge of The Fallen akan mula ditayangkan mulai hari ni. Macam biasa, aku akan pergi menonton movie ni dengan bestfriend aku yang sekarang ni tengah mabuk-mabuk (sebab pregnant ye, heheh). Transformers The Movie dulu memang mengujakan, dan dari trailer yang aku sempat tengok kat web, Revenge of The Fallen ni nampak lagi hebat. Tak sabar nak tengok Bumblebee, Optimus Prime, Sam & Captain William Lennox (sebab Josh Duhamel je...hahah). Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu, minat le sangatnya tengok kartun Transformers sampai aku paksa ayah aku belikan mainannya. Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Hahaha... Jadi bagi peminat-peminat Transformers, mari kita pergi menonton movie ni!!!

Sabtu, 27.6.2009 --pergi menonton dengan kawan...best gile (utk diehard fan Transformers lah) 5* utk Revenge of The Fallen. Walaupun adegan pertempuran antara robot-robot tu agak lama, tapi syok tengok effect CGI dalam filem ni. Lepas menonton hari tu kami berdebat, bolehkah karyawan Malaysia hasilkan filem sehebat ini? Dan persoalan yang timbul dalam 'perdebatan' tu, adakah kami akan menonton filem itu kalau pengarahnya anak tempatan? Hmmm...Konklusi aku? Selagi penyakit 'tidak menyokong produk buatan Malaysia' masih tebal dihati warganya, buatlah filem sehebat manapun, pasti ramai yang akan mencebik...

2 comments:

  1. Salam, terima kasih atas pertanyaan itu.

    "Saya suka kamu dan..." Ahmad berfikir sejenak sebelum menyambung,"... meminati kamu." - betul

    atau

    "Saya suka kamu dan..." Ahmad berfikir sejenak sebelum menyambung,"Meminati kamu." - salah

    Dan kalau dialog macam ni :

    "Saya suka kamu." Ahmad berfikir sejenak sebelum menyambung,"Meminati kamu." - betul

    "Saya suka kamu." Ahmad berfikir sejenak sebelum menyambung,"meminati kamu." - salah

    cuba Farah camkan perbezaan antara dialog2 tu ok. Terima kasih.

    p/s - wah sempat lagi layan transformer eh - novel dah siap?

    ReplyDelete
  2. Sekali salah orang daaa .. .sori farah, yang tanya tu Putri Lily daaa ... akekekeke

    ReplyDelete